Homestay Premium di Shah Alam dengan Glass Hall Eksklusif

Reach us on WhatsApp

Chat on WhatsApp

SHARLINA GUESTHOUSE

Rumah Kedua Kita

Selamat Datang ke Rumah Kedua Anda di Bukit Bandaraya, Shah Alam

Mencari homestay di Shah Alam yang bukan sekadar tempat tidur, tetapi satu pengalaman penginapan yang indah? Sharlina Guesthouse menawarkan kombinasi unik antara keselesaan rumah moden dan keindahan senibina estetik. Terletak di kawasan elit Bukit Bandaraya, Seksyen U11, kami menyediakan ruang yang luas, bersih, dan penuh privasi untuk anda dan keluarga tersayang.

Content from Youtube can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to Youtube to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

Mengapa Sharlina Guesthouse Adalah Pilihan No. 1 di Shah Alam?


1. Ruang Ikonik 'Glass Hall'

Berbeza dengan homestay lain, kami memiliki Glass Hall iaitu sebuah ruang berdinding kaca yang menawarkan pencahayaan semula jadi yang menakjubkan. Ia adalah ruang kegemaran tetamu kami untuk bersantai, membaca buku, atau dijadikan sebagai latar belakang foto keluarga yang Instagrammable.

2. Kapasiti Luas untuk Keluarga Besar

Dengan struktur rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur (semua ber-aircond) dan ruang tamu yang lapang, Sharlina Guesthouse sangat ideal untuk:
Rombongan Pengantin: Ruang yang cukup untuk persiapan majlis dan penginapan keluarga jauh.
Konvokesyen UiTM: Lokasi strategik yang memudahkan urusan graduan dan keluarga.
Family Gathering: Ruang makan dan dapur yang lengkap untuk aktiviti masak-memasak.

3. Lokasi Strategik & Hub Utama Shah Alam

Terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar raya, anda mempunyai akses pantas ke pelbagai lokasi tumpuan:

  • Pendidikan: UiTM Shah Alam (5-8 minit), UNISEL, dan MSU.
  • Riadah & Hiburan: i-City (Taman Cahaya Digital), Central i-City Mall, dan Taman Botani Negara Shah Alam.
  • Kesihatan: Hospital Shah Alam dan AVISENA Specialist Hospital.
  • Pusat Komersial: Seksyen 7, Kompleks PKNS, SACC Mall, dan IDCC Shah Alam.

Kemudahan Lengkap Setaraf Kediaman Sendiri

  • Kami memastikan setiap tetamu pulang dengan senyuman melalui kemudahan yang disediakan:
  • Bilik Tidur Utama: Katil saiz King, almari pakaian, dan bilik air peribadi.
  • Ruang Tamu Moden: Set sofa selesa dan TV untuk hiburan keluarga.
  • Dapur Lengkap: Peti sejuk, microwave, cerek elektrik, dan kelengkapan memasak.
  • Keselesaan Tambahan: Penapis air Coway (sejuk/panas), mesin basuh automatik, sterika (iron), dan sejadah disediakan.
  • Parkir Selamat: Kawasan parkir yang luas dan persekitaran kejiranan yang tenang.

 Apa Kata Tetamu Kami? 

"Homestay paling cantik di Shah Alam! Glass hall dia memang 'win'. Sesuai sangat masa saya bawa famili untuk konvokesyen UiTM hari tu. Bersih dan sangat selesa." – Puan Hanis, Kuala Lumpur.

"Lokasi tenang di Bukit Bandaraya, tapi dekat sangat dengan bandar. Senang nak cari makan kat Seksyen 7. Highly recommended!" – Encik Firdaus, Johor.

 

Tempahan & Kadar Sewa Sharlina Guesthouse 

Dapatkan harga terbaik dengan menempah terus melalui kami. Kami menawarkan kadar sewa yang kompetitif dengan kualiti penginapan premium.

Hubungi Kami Segera

Jangan biarkan tarikh pilihan anda diambil orang lain! Klik butang di bawah untuk semakan kekosongan:

Reach us on WhatsApp

Chat on WhatsApp

Content from Google Maps can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to Google Maps to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

No. Telefon

011-2750 9011

Alamat

42, Jalan Gunung Huang U11/17,
Bukit Bandaraya,
40170 Shah Alam,
Selangor.

Waktu operasi pejabat

8.00 PM hingga 5.00 PM
(Selepas waktu pejabat sila WhatsApp sahaja).

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Homestay Kami

Berapa orang boleh muat dalam satu masa?

Adakah kawasan ini selamat?

 Berapa jauh dari i-City? 

 

Seni Bina Homestay Shah Alam 


Reka Bentuk Rumah Bercirikan Senibina Roman


Seni bina rumah kami menggabungkan keanggunan seni bina Roman sementara reka bantuk dalaman pula menerapkan sentuhan moden Itali dan Scandinavian. Hasilnya, satu kombinasi yang harmoni antara warisan klasik dan gaya kontemporari diharap dapat memikat hati setiap pengunjung. 

 

Reka Bentuk Dalaman yang Lestari

Reka bentuk dalaman adalah Minimalis Eklektik (Eclectic Minimalist) yang menggabungkan gaya Scandinavian, dan Italian. Pendekatan reka bentuk dalaman yang moden ini menggabungkan unsur-unsur daripada pelbagai gaya  untuk mencipta ruang yang menarik, berfungsi dan tersusun secara visual. Setiap perabot dan hiasan umumnya minimalis dan dipilih dengan teliti dengan menggunakan pendekatan "form follow function" dan "less is more". 

Reka bentuk moden yang dipilih untuk homestay kami di Shah Alam memberikan tumpuan kepada kesederhanaan dan kebolehfungsian. Kami inginkan ruang dalaman yang bersih tanpa hiasan yang sarat dengan penekanan pada bentuk geometri, warna neutral, bahan semula jadi, dan perabot yang licin. Dengan mengelakkan ‌penggunaan barang ⁣hiasan yang ⁤berlebihan, ​ruang tamu‍ atau bilik tidur ​akan tampil lebih lapang dan​ teratur. Kami percaya penyediaan ruang yang tenang dan teratur ‍adalah kunci‌ untuk mengekalkan keseimbangan minda dan emosi para pelanggan kami.⁣

Setiap sudut di Sharlina Guesthouse dirancang dengan teliti untuk menawarkan keselesaan dan suasana yang berbeza. Dengan setiap ruang yang mengundang ketenangan dan fungsi, kami berbangga untuk menyediakan tempat tinggal yang ideal untuk percutian anda.



Bilik tidur yang nyaman dan selesa 

Kami memilih katil yang sesuai dengan apa juga saiz badan dan cara tidur anda.

Bilik 1 - Bilik Tidur Utama (Katil King)

Pemandangan yang indah, katil yang sangat selesa, pancuran mandian berkuasa tinggi dan langsir gelap - bilik double kami mempunyai segala-galanya yang anda perlukan untuk tidur malam yang lena.

Bilik Tidur Utama (Katil King) dilengkapi dengan duvet, 2 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, kabinet sideboard, kerusi, set meja solek, seterika, iron board, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit, tandas peribadi, water heater, dan paip untuk mengambil wuduk. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.

Bilik 2 - Bilik Standard (Katil Queen/Kelamin) 


Katil yang sangat selesa dan langsir gelap - bilik double kami mempunyai segala-galanya yang anda perlukan untuk tidur malam yang lena.

Bilik Standard (Katil Queen/Kelamin) dilengkapi dengan duvet, 2 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, bangku, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.

Bilik 3 - Bilik Tamu  (Katil Kelamin/Double) 


Katil yang selesa dan mempunyai storan yang mencukupi untuk semua barangan anda. Bilik moden kami penuh dengan idea bilik tidur kecil yang praktikal, seperti katil dengan tiga laci besar di bawah yang memberikan banyak ruang untuk menyimpan barang anda terutamanya pakaian.

Bilik Tamu dilengkapi dengan katil kelamin (double) dan laci storan untuk menangani keperluan utama penginap.

Kelengkapan lain termasuk duvet, 2 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, bangku, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.

Bilik 4 - Bilik Bujang (Katil Bujang) 


Katil yang sangat selesa dan langsir gelap - bilik single kami mempunyai segala-galanya yang anda perlukan untuk tidur malam yang lena. Kami menyediakan katil bujang yang berkualiti untuk keselesaan penginap supaya mereka dapat tidur malam yang nyenyak.

Bilik Bujang (Katil Bujang) dilengkapi dengan duvet, 1 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, bangku, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Terdapat ruang yang selesa untuk solat. 


Bilik mandi dan tandas yang teratur dan bersih

Dalam menyediakan sistem bilik mandi, kami mengambil kira  dari segi pengunaan ruang dan keperluan menyimpan semua yang anda perlukan. Kami menyediakan water heater, sinki, cermin, unit rak dan banyak lagi. 

Bilik Mandi dan Tandas

Bilik Mandi dan Tandas moden yang luas dilengkapi dengan pemanas air, tap wuduk, cermin, penyangkut tuala / pakaian, dan bakul sampah.  

Dapur yang praktikal dan lengkap

Di Homestay Shah Alam (Sharlina Guesthouse) kami menyediakan dapur yang lebih praktikal dan lengkap bagi penyewa jangka pendek dengan ruang kerja mudah alih dengan storan terbuka dan tertutup. Anda boleh memasak pada bila-bila masa. Lokasi dapur yang berhampiran ruang makan menjadikan kerja menghidang makanan menjadi lebih mudah. 

Pantri


Pantri kami dilengkapi dengan dispenser air sejuk /ambien / panas Coway, microwave, jug eletrik, pembakar roti, periuk nasi elektrik, blender, soket kuasa dan peralatan yang berkaitan untuk kemudahan tetamu homestay menyediakan makanan dan minuman. 

Dapur 


Dapur moden kami sediakan di homestay kami yang dilengkapi dengan sinki, dispenser air ambien Panasonic, dapur induction, pinggan mangkuk, periuk, dan lain-lain alat kelengkapan memasak yang asas untuk anda memasak untuk keperluan seisi keluarga. 

Dobi

Gunakan mesin basuh, sabun dobi, dan ampaian yang disediakan untuk kemudahan anda mencuci dan mengeringkan pakaian sepanjang penginapan anda di homestay kami. 

Nikmati sepenuhnya masa berkumpul dengan keluarga 

Dewan kaca berfungsi untuk memecahkan sempadan antara ruang dalaman dan luaran rumah tamu atau homestay. Setiap dinding diperbuat daripada kaca dan mengandungi satu pintu ke bahagian luar, membolehkan akses ke luar rumah dan pengaliran udara yang mudah. Anda boleh menikmati pemandangan secara tembus ke ruang luar rumah. 

Glass Hall

Glass Hall pelbagai fungsi disediakan supaya pelawat boleh berehat, menikmati hidangan serta bersantai bersama keluarga. Antara kemudahan yang disediakan ialah set meja makan, peti sejuk, unit penyaman udara, bangku, kipas siling, kipas dinding, dan bahan bacaan. Dapur terletak berdekatan dengan dengan Glass Hall. Ruang ini juga boleh digunakan untuk untuk solat berjemaah. 

Ruang Makan

Kami ingin menjadikan meja makan sebagai tempat yang disukai ramai walaupun tiada makanan dihidangkan. Anda boleh menjamu selera atau berkongsi detik-detik manis dengan keluarga dan kawan-kawan. Kami memilih meja dan kerusi yang teguh supaya anda rasa selesa meluangkan masa berkualiti  di homestay kami sambil menikmati hidangan bersama insan tersayang.


Ruang tamu yang tenang dan seimbang 

Ruang tamu direka bentuk  untuk memberi anda ruang yang anda perlukan untuk mengurus semua aspek kehidupan harian anda sepanjang menginap di Shah Alam. Kami menyediakan sofa yang selesa, besar dan panjang. Jadi anda boleh bersantai dengan ahli keluarga dengan menikmati suasana yang nyaman dan selesa di homestay kami. 

Ruang Tamu 

Ruang Tamu kami di lengkapi dengan set sofa yang besar dan empuk, Wing Chair, bangku tambahan, Smart TV yang terdapat Astro Njoi, unit penyaman udara, kipas siling, dan kipas berdiri, kabinet sisi, bahan bacaan, dan Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit). 

Penginapan yang mesra kerja dan produktif

Oleh kerana kerja jarak jauh semakin menjadi kebiasaan di banyak tempat, kami telah melihat perubahan besar dalam cara dan sebab orang mengembara. Dengan adanya ruang khusus ini diharap ianya dapat membantu anda melakukan kerja di mana sahaja. Dengan memenuhi keperluan business traveler, kami berharap dapat menawarkan penginapan yang selesa dan produktif untuk pekerja jarak jauh di homestay kami.


Ruang Kerja Khusus


Stesen kerja / Ruang kerja khusus kalis bunyi dilengkapi wifi yang laju dan stabil, meja besar, kerusi ergonomik, kabinet sisi, kabinet sideboard, laci, kipas dinding, akses ke soket kuasa, dan bahan bacaan. Boleh digunakan untuk membaca, melakukan kerja rasmi atau remote working, sidang video, membuat live video dan lain-lain yang berkaitan.

Perpustakaan Mini


Perpustakaan Mini dilengkapi dengan bahan bacaan seperti buku dan majalah, meja kopi, sofa bed, kabinet sideboard, kipas siling, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Boleh digunakan untuk membaca, berehat dan solat berjemaah.  


Ruang luar yang tenang untuk anda bersantai 

Beberapa kerusi diselaraskan untuk menukarkan laman rumah kepada ruang untuk anda menikmati hidangan sama ada siang dan malam, atau bersembang. Anda dan keluarga atau rakan-rakan anda juga boleh bakar barbeku. 

Laman Depan 

Laman depan (front yard) kami direka bentuk dengan integrasi bersepadu antara ruang dalaman dan luaran (outside in, inside out) supaya ruang rumah kelihatan lebih luas dan selesa. 

Skylight

Terdapat juga skylight untuk membenarkan lebih banyak cahaya semula jadi masuk ke dalam rumah. Pengunaan skylight dapat mencipta suasana yang menarik dan meningkatkan mood individu. Pencahayaan langit juga membantu individu berasa lebih dekat dengan persekitaran luar. Skylight memberikan pemandangan langit yang jelas dan indah.  

Gazebo

Bersantai bersama keluarga di kawasan yang tenang ini, dilengkapi dengan gazebo dan perabot taman yang selesa.

Taman Mini

Bagi peminat tanaman, nikmati ruang ini yang dihiasi dengan dengan tanaman hiasan, herba, dan ulam-ulaman.

Perabot luar rumah

Kami juga menyediakan kerusi di sudut taman yang boleh dilipat dan disimpan dengan mudah di ruang luar. Set kerusi dan meja ini membolehkan tetamu menikmati aktiviti di ruang luar terutamanya pada waktu malam.

Cipta Momen Indah Anda Di Sini!

Jadikan penginapan anda sebuah pengalaman bermakna yang tidak dapat dilupakan. Hubungi  011-2750 9011 untuk maklumat lanjut mengenai homestay kami di Shah Alam.

Follow Kami di Youtube

YouTube

Content from YouTube can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to YouTube to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

Follow Kami di TikTok

TikTok

Content from TikTok can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to TikTok to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

 

Follow Kami di Instagram

Instagram post

Content from Instagram post can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to Instagram post to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

Follow Kami di Flickr

Flickr

Content from Flickr can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to Flickr to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

Follow Kami di Pinterest

Pinterest

Content from Pinterest can't be displayed due to your current cookie settings. To show this content, please click "Consent & Show" to confirm that necessary data will be transferred to Pinterest to enable this service. Further information can be found in our Privacy Policy. Changed your mind? You can revoke your consent at any time via your cookie settings.

Consent & Show

Informasi  Rumah Tamu

  • Check-In: 3.00 PM I Check-Out at 12.00 PM.
  • Wifi Percuma.
  • Patuh Syariah dan Mesra Muslim.
  • Hanya beberapa minit perjalanan dari tarikan pelancong di bandar, pusat beli-belah. utama, taman popular & pejabat kerajaan.