Pakej Penginapan Per Night 

Pilih pakej berdasarkan bilangan penginap untuk keselesaan anda. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. 

Pakej 1 (4 bilik, 1 ruang tambahan , ofis mini / ruang kerja khusus & 3 toilet)

  • 4 bilik - 1 Master Bedroom (Katil King) + 2 Bilik (Katil Queen/Double) + 1 Bilik Single (Katil Single) 
  • Semua bilik dilengkap aircond dan kipas siling. Bilik tidur utama disediakan kipas berdiri sebagai tambahan. 
  • Penginapan termasuk akses kepada glass hall, living room, ruang kerja, perpustakaan mini, dapur, dan 3 toilet (2 toilet di tingkat atas dan 1 toilet di level bawah)
  • Akses kepada ruang tambahan / stesen kerja / ruang kerja khusus / bilik kalis bunyi untuk melakukan kerja rasmi, remote working, sidang video, membuat live video, membaca dan lain-lain yang berkaitan sepanjang penginapan. 
  • Kapasiti 7 - 12 pax
  • 5 unit tilam extra (bantal dan selimut disediakan). 
  • Kemudahan tambahan disediakan termasuk air fryer
  • Sesuai untuk keluarga atau kumpulan penginap yang besar termasuk warga emas atau orang kurang upaya (OKU) dan yang mempunyai masalah sakit lutut yang serius apabila menaiki tangga, business traveller, remote workers, penginap yang mempunyai urusan rasmi atau kerja. Ruang adalah sangat luas dan selesa untuk keluraga yang besar.
  • HARGA = RM490 PER NIGHT. 


Pakej 2 (4 bilik & 2 toilet)

  • 4 bilik - 1 Master Bedroom (Katil King) + 2 Bilik (Katil Queen/Double) + 1 Bilik Single (Katil Single) 
  • Semua bilik dilengkap aircond dan kipas siling. Bilik tidur utama disediakan kipas berdiri sebagai tambahan. 
  • Penginapan termasuk akses kepada glass hall, living room, perpustakaan mini, dapur, dan 2 toilet (2 toilet di tingkat atas sahaja). Jika anda perlukan tiolet di level bawah anda wajib menambah ruang tambahan kerana toilet berada di dalam bilik ofis mini. 
  • Kapasiti 7-11 pax
  • 4 unit tilam extra (bantal dan selimut disediakan).
  • Sesuai untuk keluarga atau kumpulan penginap yang sederhana.
  • Pakej ini kurang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU) dan yang mempunyai masalah sakit lutut yang serius apabila menaiki tangga.  
  • HARGA = RM390 PER NIGHT. 

Pakej 3 (3 bilik & 2 toilet)

  • 3 bilik - 1 Master Bedroom (Katil King) + 2 bilik (Katil Queen/Double) 
  • Semua bilik dilengkap aircond dan kipas siling. Bilik tidur utama disediakan kipas dinding sebagai tambahan. 
  • Bilik lain dikunci
  • Penginapan termasuk akses kepada glass hall, living room, perpustakaan mini, dapur, dan 2 toilet (2 toilet di tingkat atas sahaja). 
  • Kapasiti 6 - 9 pax
  • 3 unit tilam extra (bantal dan selimut disediakan).
  • Pakej ini kurang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU) dan yang mempunyai masalah sakit lutut yang serius apabila menaiki tangga.  
  • HARGA = RM290 PER NIGHT. 


Pakej 4 (2 bilik & 2 toilet)

  • 2 bilik - 1 Master Bedroom (Katil King) + 1 bilik (Katil Queen/Double) 
  • Bilik lain dikunci
  • Semua bilik dilengkap aircond dan kipas siling. Bilik tidur utama disediakan kipas dinding sebagai tambahan. 
  • Penginapan termasuk akses kepada glass hall, living room, perpustakaan mini, dapur, dan 2 toilet (2 toilet di tingkat atas sahaja).
  • Kapasiti 4 - 6 pax
  • 2 unit tilam extra (bantal dan selimut disediakan).
  • Pakej ini kurang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU) dan yang mempunyai masalah sakit lutut yang serius apabila menaiki tangga.
  • HARGA = RM220 PER NIGHT. 


Pakej 5 (1 bilik & 2 toilet)

  • 1 bilik - 1 Master Bedroom (Katil King) 
  • Bilik lain dikunci.
  • Bilik dilengkap aircond, kipas siling, dan kipas dinding.  
  • Penginapan termasuk akses kepada glass hall, living room, perpustakaan mini, dapur, dan 2 toilet (2 toilet di tingkat atas sahaja).
  • Kapasiti 2 - 3 pax.
  • 1 unit tilam extra (bantal dan selimut disediakan).
  • Pakej ini kurang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU) dan yang mempunyai masalah sakit lutut yang serius apabila menaiki tangga. 
  • HARGA = RM170 PER NIGHT. 


P.S: Untuk makluman, kami hanya terima satu tempahan pada satu masa. Jadi tak perlu risau sebab anda tidak berkongsi homestay dengan guest lain

Harga produk yang dipaparkan di laman web ini adalah harga yang terkini pada masa paparan dan boleh berubah tanpa notis.

Add-Ons 

Anda boleh membeli perkhidmatan tambahan untuk meningkatkan penginapan anda, iaitu dalam bentuk kemudahan atau tambahan. Anda boleh menambahnya semasa membuat tempahan. Perkhidmatan juga boleh diperibadikan dan disesuaikan dengan pilihan anda. 

Check-in awal / Check-out lewat

  • Jika anda ingin check-in awal atau check-out lewat  bergantung pada rancangan perjalanan anda, kami memberikan fleksibiliti yang anda diperlukan.
  • Permintaan adalah mengikut availability. 
  • HARGA = RM20 PER HOUR


Ruang tambahan / ruang kerja khusus / ofis mini / toilet tingkat bawah

  • Ruang tambahan / ruang kerja / toilet tingkat bawah hanya disediakan dalam pakej 1. Jika anda perlu tambahan ruang / toilet anda boleh add-on kemudahan tersebut. Tambahan ini hanya diberikan khusus untuk pakej 2 dan 3 sahaja. 
  • Akses kepada ruang tambahan / ruang kerja khusus / bilik kalis bunyi untuk melakukan kerja rasmi, remote working, sidang video, membuat live video, membaca dan lain-lain yang berkaitan sepanjang penginapan. 
  • Ruang termasuk toilet tingkat bawah. 
  • Sesuai untuk keperluan warga emas atau orang kurang upaya (OKU), business traveller, remote workers, penginap yang mempunyai urusan rasmi atau kerja. 
  • HARGA = RM90 PER NIGHT.


Harga produk yang dipaparkan di laman web ini adalah harga yang terkini pada masa paparan dan boleh berubah tanpa notis.

Tilam Lipat Tambahan

  • Jika memerlukan tilam lipat tambahan yang tidak termasuk dalam pakej kami, anda boleh menyewa tilam dengan kadar harga di bawah. 
  • Set tilam termasuk duvet dan bantal.
  • HARGA = RM30 PER UNIT.

Bantal Tambahan

  • Jika memerlukan bantal tambahan yang tidak termasuk dalam pakej kami, anda boleh menyewa bantal dengan kadar harga di bawah. 
  • HARGA = RM10 PER UNIT.

Tambahan Penginap

  • Jika penginap melebihi jumlah maksima yang ditetapkan bagi satu-satu pakej caj tambahan akan dikenakan. 
  • Dewasa, remaja, serta kanak-kanak 11 tahun dan ke atas = RM40 PER HEAD.
  • Kanak-kanak umur 10 tahun dan ke bawah = RM20 PER HEAD. 
  • Untuk bayi caj tambahan tidak dikenakan. 

Harga produk yang dipaparkan di laman web ini adalah harga yang terkini pada masa paparan dan boleh berubah tanpa notis.

Informasi  Rumah Tamu

  • Check-In: 3.00 PM I Check-Out at 12.00 PM.
  • Wifi Percuma.
  • Patuh Syariah dan Mesra Muslim.
  • Hanya beberapa minit perjalanan dari tarikan pelancong di bandar, pusat beli-belah. utama, taman popular & pejabat kerajaan.